Skip to main content

Tips Masuk U

#TipsMasukU

#Tips1
Jangan lupa solat. Benda ni penting sangat, bila kita dok berjauhan dengan family ni takda sesapa nak gerak kita solat subuh apa semua so kena pandai2 hidup. Kecuali kalau dapat kawan yang rajin nak kejutkan dan nak ingatkan.

#Tips2
Ukur baju di badan sendiri. Memang rambang mata kalau awal2 dalam akaun bank tetiba ada 1-2K duit. Lagi-lagi peminjam PTPTN. Ingat duit tu bukan untuk sebulan tapi untuk 1 sem. Kalau boleh buat perancangan bajet. Target untuk makanan etc. Jangan seronok sangat kerap makan luar. Makanan kat food court lagi murah, rasa pun boleh tahan ja. Ingat, anda tu pelajar bukan jutawan nak berbelanja sakan. Kalau ada kawan yang kaya dan boros jangan ikut.

#Tips3
Tips jimat. Dekat U ni memang ramai yang berjimat. Kalau ia pun nak berjimat janganlah makan maggie ja, bukan sebab maggie tu penyebab bodoh, tapi benda tu instant food banyak MSG and preservatives. Kalau boleh sebulan 2 kali ja dah la. Makanan kat food court pun murah ja. Pandai2 selanglah harini makan elur, esok ikan/ayam. Nasi+telur+sayur selalunya takkan sampai RM3. untuk aku , aku akan ambil banyak sikit pastu bahagi 2 ( tengah hari n malam). Air kalau nak minum yang manis dn sejuk bancuh sendiri ja. Beli ais 20sen. Dalam berjimat tu janganlah kedekut sangat. Beza okay jimat dan kedekut. Kalau korang keluar dengan member sekali sekala, makan luar sedap2 sikit janganlah sampai oder air ja pastu minta2 makanan kat kawan. Nak sikit, nak sikit kat semua kawan. Tak salah kalau kawan memang bagi and dia memang kaya. Kalau kawan korang pun peminjam PTPTN consider la sikit janganlah bila keluar korang target ‘’aku takyah oderlah, minta rasa dekat A sikit, B sikit, C sikit D sikit kenyanglah aku’’ hello? Ingat kau ja nak jimat??

#Tips4
Ramah tapi jangan melebih. Ramah ni memang perlu sebab kalau tak ramah susah nak dapat kawan. Tapi dalam ramah tu kena jaga batas pergaulan. Lelaki dan perempuan kawan tu takyah rapat sngat. Kalau kawan lelaki perempuan rapat masa sekolah ni aku caya ah. Kalau kat U ni kebanyakkan salah sorang mesti ter syok sendiri nanti. Tu pasal banyak kes Friend zone kat u ni. Si perempuan angap si lelaki ni bff padahal si lelaki ni anggap macam makwe dh. So hati2 dalam berkawan, utamakan yang sejantina tapi jangan sampai tak berkawan dengan lain jantina cuma batas tu kena tau. Secara peribadi aku kalau nak dibandingkan masa sekolah dengan dekat U memang lain sikit bab kawan ni, masa sekolah aku kawan ja dengan laki, dok semeja sembang apa semua tapi dekat U ni setakat ni aku tak selesa kawan terlalu rapat dengan lelaki. Just kawan gitu-gitu ja. Seriously, hati2 masa berkawan dengan berlainan jantina ni okay?

#Tips5
Kebersihan. Ya ini sangat penting bila duduk beramai ni. Kat U takda makcik cleaner nak masuk kemas bilik hampa okay. Bilik tu kalau share silalah jaga kebersihan bersama. Janganlah makan cekelat , plastic letak kat meja member sebelah. Aku cukup tak suka bila orang guna ruang aku sedangkan dia ada ja ruang sendiri. Contohnya, meja study bersambung, aku kemas meja aku hampir hari2 then tetiba senang2  ja meja hang dah sepah, barang hang yang lain nak letak atas meja aku, like bruhhh wt?? aku kemas meja aku sebab aku nak susana yang kemas dan bersih dan hang tetiba letak barang hang?? satu lagi, rajinkan diri sapu bilik tu. Kalau hang rasa bilik hang selalu bersih ja lantai, hang ingat lantai tu automatic bersih ka? Sapu la at least sekali dalam 2 hari. Jangan malas, study ka busy ka kebersihan tu PENTING ya. Biar pandai akademik dan baik sahsiah.


Okay ni 5 tips aku kongsikan. Nak lagi? Nanti aku sambung, nak tengok drama jap.

Kalau ada soalan atau apa-apa boleh hantar kat sayat.me/chutnyak

Bye !

Comments

Popular posts from this blog

Barang apa yang nak bawak ni? (UiTM )

Untuk adik2,saudara mara yang baru dapat offer UiTM,ini kelengkapan untuk Minggu Destini Siswa(MDS), boleh tolong sampaikan okay 🤗 #UiTMdihatiku *Attire Lelaki* 1.Baju kemeja putih (1) 2.Tie (Bawak 3) 3.Seluar Slack (bawak 3) 4.Baju kemeja lengan panjang pilihan hati (bawak 4) 5.Seluar Track (bawak 3) 6.Sport shoes (aku suggest dua, sebab satu akan barai main permainan senior kotor2 dan kena pakai setiap hari. 7.bawak kasut kulit warna hitam 8.Tali pinggang hitam,coklat (bukan warna terang) 9.Socks (bawak sekurangnya 6, putih 2) *Attire Perempuan* 1.Tudung (bawak 5) takpayah gosok pun tak apa, nanti barai jugak 2.kasut bertutup formal (1) 3.Baju Kurung sekolah putih (1) 4.seluar track (bawak 3) 5.kain bawak 3 6.Telekung (1) untuk solat jemaah 7.socks bawak (3) putih (1), hitam (1) 8.Pakaian dalam, pandai2 🐒 9.Make up takpayah dulu pun takpa, korang takkan ada masa 10.Kasut sukan bawak 2 11.Baju jersi untuk aktiviti luar(3) *Document* 1.Photostat IC sendir

UiTM Bertam

Assalamualikum , so kali ni nak sambung balik dengan kisah Uitm Bertam . UiTM bertam ni selalunya dianggap syurga bagi siswa dan sebaliknya bagi siswi. Hahahah . nak tau sebab apa? Sebab siswi adalah lagi ramaiiiiiiiiiiiiiiiiii dari siswa. Envi batch 2015/2016 ada 4 ja lelaki tau dak. Hahahah tapi rekod ni telah beralih kepada MLT pulak di mana batch 2016/2017 lelaki 4 orang. So basically lelaki kalau hampa forever alone dul, hampa ada harapan nak ada awek tau. Cuma beza dia sama ada hang nak kat dia ka tak mau ja. Sumpah tak tipu, lelaki kat bertam ni ramai ja perempuan dok crush. So bagi aku susah sikit la nak survive sebab takda crush. Hhahahaahah . Okay back to benda yang lebih penting. Mula-mula dapat UiTM Bertam mesti taktau kat permukaan bumi manakah ia terletak kan? Dia terletak di kepala Batas. Ya kawasan ni takda lah bandar sangat. Tapi cukuplah semua kemudahan ada :) pejabat pos, cinema, pasaraya, kedai buku, kedai2 makan semua ada aih. Bila dapat bertam ja firs
MDS ( Minggu Destini Siswa) Assalamualaikum and hi ! So kalini nak cerita pasal MDS. MDS ni dalam bahasa lain ialah minggu orentasi lah. MDS Untuk UiTM Cawangan Pulau Pinag akan diadakan dia Kampus Permatang Pauh. Budak Bertam pun akan ke sana, pendaftara semua dia kampus Permatang Pauh. Bila dapat tawaran U ni mesti excitedkan bab nak mengemas. So kat sisni nak bagi tau sikit barang yang wajib  ada masa MDS nanti (lain kampus lain sikit barang dia) 1.  Peralatan mandi (berus gigi,sabun,facial cleanser etc) (gayung tak payah bawak kecuali kalau nak isi barang2 toiletries ja) 2.  Barang2 yang dah si mention dalam surat tawaran ke surat apa2 yang anda dapat dari web. 3.  Tudung bawal putih plain bagi siswi 4.  Kasut sukan 5.  Kasut bertutup hitam 6.  Selipar (untuk pergi toilet ja) 7.  Iron ( iron tak disediakan okay) 8.  Bantal ,selimut, cadar 9.  Baju sekolah putih ? baju kurung putih plain 10.  Gula-gula sebab mds ngantuk weh (nak nangis ngantuk dia)