Skip to main content
MDS ( Minggu Destini Siswa)

Assalamualaikum and hi !
So kalini nak cerita pasal MDS. MDS ni dalam bahasa lain ialah minggu orentasi lah. MDS Untuk UiTM Cawangan Pulau Pinag akan diadakan dia Kampus Permatang Pauh. Budak Bertam pun akan ke sana, pendaftara semua dia kampus Permatang Pauh.

Bila dapat tawaran U ni mesti excitedkan bab nak mengemas. So kat sisni nak bagi tau sikit barang yang wajib ada masa MDS nanti (lain kampus lain sikit barang dia)

1. Peralatan mandi (berus gigi,sabun,facial cleanser etc) (gayung tak payah bawak kecuali kalau nak isi barang2 toiletries ja)
2. Barang2 yang dah si mention dalam surat tawaran ke surat apa2 yang anda dapat dari web.
3. Tudung bawal putih plain bagi siswi
4. Kasut sukan
5. Kasut bertutup hitam
6. Selipar (untuk pergi toilet ja)
7. Iron ( iron tak disediakan okay)
8. Bantal ,selimut, cadar
9. Baju sekolah putih ? baju kurung putih plain
10. Gula-gula sebab mds ngantuk weh (nak nangis ngantuk dia)
11. Telekung bagi siswi muslim
12. Plastic bag 1-2 (anda akan tau kegunaan dia bila sampai sana nanti)
13. Payung( belilah yang boleh simpan dalam bag)
14. Tisu (fungsi dia kalau hampa nangis time mds HAHAHAH)
15. Kain kosong berwarna hitam

Selain yang aku list ni pandai2 lah bawak contohnya hanger, baju tidur etc. Laptop pebenda tu takyah bawak lagi sebab nanti lepas MDS kalian akan bercuti so boleh balik rumah masin2. Kecuali kalau yang tak balik lepas mds bawa lah. Bukannya apa kalau bawak pun bukan function and berisiko hilanglah kan sebab mds ni hampa kat bilik dari 1am-4am ja(seram tak dengar?)

Sekarang ni aku nak cerita lak pengalaman masa MDS. Masa MDS ni jangan mimpi la nak berehat. Seksa okay, so dari sekarang hargailah waktu tidur anda. Hampa nanti habis MDS dalam 12-1 am pastu nak mandi, iron tudung lah apa lah. 4 pagi dh kena bangun nak mandi bersiap. Dalam pukul 5 dah kena berkumpul(kalau tak silap). HAHAHAHAHAHHAHA menarik ka tak mds ni? Kalau rasa tak nak pakai tudung yang sama selama 1 minggu bawak la 2 helai tudung putih. Beli ehelai kalau takdak lagi sehelai Pi la pinjam sesapa punya 1 lagi. Btw untuk mahasiswa Faculty of Health Science(HS) hampa akan pakai tudung ni waktu PBSM nanti sebab budak HS wajib masuk PBSM. Tapi PBSM kat U ni best la jugak. Not bad. Kawad satu sem sekali ja haa.

Time mds ni kalau hampa rasa mengantuk nak nagis tu biasa ja. Seminggu macam zombie. Nak makan pun seksa(nanti hampa tau lah seksa dia macam mana HAHAHAHAHAHAHAAH). siswi nanti solat kat PI(pusat islam) memang kena berjalan redah panas dan hujan sebab tu kena ada payung. Pastu bawak la pin banyak2 sebab konsep tudung yang dipakai ialah 5 pin ke bawah(jarum pun boleh) anak tudung pun jangan lupa bawak lebih. Memang masam hampa masa mds takdanya crush nak jatuh hati hahahah. Bayangkan dari 5 pagi sampai 12tgh malam korang lansung TAK MANDI. Bagitau kat mak siap2 seminggu tu korang tak leh call parents sebabnya memang tkda masa. Kecuali yang tak boleh solat tu, time yang lain solat boleh la call parents. Kalau nak call pun lepas mds la 12/1am.

Kalau masa aku dulu budak bertam akan stay kolej nilam di mana kolej dia macam asrama sekolah. Tandas di hujung. Satu bilik 4 orang. Nak pegi tandas tu silalah berteman, hampa kat tempat baru kan. Kalau hampa tanya aku ada kisah seram tak? Jawapan dia takdak sebab aku selama seminggu tu tidoq lenaaaaaaaaaaaaa ja. Sebab penat sangat.

Tapi mds kat UITMPP ni ada part bestnya yang akan hampa rindui jugaklah. Ada zumba (rasa macam part dowhhhh) serious best. Kalau ada gaps ja akan diisi dengan games, video. Hari last serious sedih aku cakap. Tak tipu walaupun masa mds tu rasa macam nak nangis sebab ngantuk tapi hari last tu rasa macam sayu, macam hilang semangat macam mana tah. Rasa macam dah tak akan lalui dah semua ini, pengalaman sekali seumur hidup(memang pun ).

Masa mds ni PMDS ( Pemimpin Minggu Destini Siswa) memang garang ah and hampa akan panggil depa ni PM. Kalau depa ni maqah hampa, jangan la dok kecik hati sngat sebab itu memang cara dia, depa nak bagi hampa dengaq kata. Bukan senang woo nak handle manusia beribu ;(. nak handle manusia 100 lebih pun susah sangat-sangat. Kalau hampa behave okay ja. Ikut ja arahan untuk seminggu ja. Bukan susah pun kan?

Bagi yang ada penyakit tolong bawa ubat sendiri sebab ubat yang disediakan masa mds hanyalah ubat2 untuk penyakit common macam demam, sakit perut,luka. Bawak botol air sebab cuaca tak menentu. Kalau sakit sapa nak jaga?

Telephone tak dibenarkan main eh masa mds ni. Phone tu battery 100% tahan seminggu. Hahahahaha (kalau tak buka data)

Barang2 tak yah lah nak bawa banyk sagan sebab nanti habis mds budak bertam akan ke bertam. So kalau bawak banyak barang yang tak pentig susah la nak bawak ke bertam. Barang2 macam luggage etc tu nanti akan ada lorry bawakkan. Lorry bawak bayangkan berapa banyak barang kan. So bawak yang penting. Kita masuk U ni nak belajar. Kalau nak bawa benda2 yang kurang penting tu bawak la lepas cuti nanti. And baju2 vogue hampa tu takyah bawak la ke mds tu. Bawak baju kurung simple2 aja. Untuk yang tak tahan sejuk bawak sweater sebab memang sejuk yakmattttt dewan.

Nanti masa hari hampa ke bertam akan kena daftar kolej. Disebabkan satu rumah 8 orang so masa ms tu carilah kawan2 untuk serumah sebab boleh pilih housemate. Tips nak cari housemate :-
1. pilih yang satu course jangan dalam 8 orang tu hang sorang ja course lain( macam aku HAHAHA seksa woi tapi setiap sem boleh tukar housemate)
2. Jangan 1 rumah ada satu course ja sebab serious bosan kalau macam ni. Disebabkan batch hampa ada 4 course so 1 bilik 1 course. Ingat, kawan kat U dengan kat sekolah tak sama, sebab tu jangan kawan dengan budak satu course ja. Kat kelas jumpa dia, kat rumah dia lagi.

Next post nak cerita pasal macam mana nak survive kehidupan U. berdasarkan maklumat yang aku kumpul 100% pelajar selalu nangis masa sem 1 ( HAHAHAHAHA tapi nangis senyap2 ja)


P/s:
*Masa MDS ni akan jumpalah senior handsome lawa. Tapi hampa jangan gelabah sangat sebab Senior yang handsome dan lawa ada banyak lagi tengah bercuti contohnya aku( HAHAHAHAHAH)
*Any questions boleh DM ig chut_ny(private tapi nanti aku akan accept ja dm hampa)
*sorry sebab takda gambar, sebab aku kurang bergambar sebab camera tak cantik.

Comments

Popular posts from this blog

Barang apa yang nak bawak ni? (UiTM )

Untuk adik2,saudara mara yang baru dapat offer UiTM,ini kelengkapan untuk Minggu Destini Siswa(MDS), boleh tolong sampaikan okay 🤗 #UiTMdihatiku *Attire Lelaki* 1.Baju kemeja putih (1) 2.Tie (Bawak 3) 3.Seluar Slack (bawak 3) 4.Baju kemeja lengan panjang pilihan hati (bawak 4) 5.Seluar Track (bawak 3) 6.Sport shoes (aku suggest dua, sebab satu akan barai main permainan senior kotor2 dan kena pakai setiap hari. 7.bawak kasut kulit warna hitam 8.Tali pinggang hitam,coklat (bukan warna terang) 9.Socks (bawak sekurangnya 6, putih 2) *Attire Perempuan* 1.Tudung (bawak 5) takpayah gosok pun tak apa, nanti barai jugak 2.kasut bertutup formal (1) 3.Baju Kurung sekolah putih (1) 4.seluar track (bawak 3) 5.kain bawak 3 6.Telekung (1) untuk solat jemaah 7.socks bawak (3) putih (1), hitam (1) 8.Pakaian dalam, pandai2 🐒 9.Make up takpayah dulu pun takpa, korang takkan ada masa 10.Kasut sukan bawak 2 11.Baju jersi untuk aktiviti luar(3) *Document* 1.Photostat IC sendir

UiTM Bertam

Assalamualikum , so kali ni nak sambung balik dengan kisah Uitm Bertam . UiTM bertam ni selalunya dianggap syurga bagi siswa dan sebaliknya bagi siswi. Hahahah . nak tau sebab apa? Sebab siswi adalah lagi ramaiiiiiiiiiiiiiiiiii dari siswa. Envi batch 2015/2016 ada 4 ja lelaki tau dak. Hahahah tapi rekod ni telah beralih kepada MLT pulak di mana batch 2016/2017 lelaki 4 orang. So basically lelaki kalau hampa forever alone dul, hampa ada harapan nak ada awek tau. Cuma beza dia sama ada hang nak kat dia ka tak mau ja. Sumpah tak tipu, lelaki kat bertam ni ramai ja perempuan dok crush. So bagi aku susah sikit la nak survive sebab takda crush. Hhahahaahah . Okay back to benda yang lebih penting. Mula-mula dapat UiTM Bertam mesti taktau kat permukaan bumi manakah ia terletak kan? Dia terletak di kepala Batas. Ya kawasan ni takda lah bandar sangat. Tapi cukuplah semua kemudahan ada :) pejabat pos, cinema, pasaraya, kedai buku, kedai2 makan semua ada aih. Bila dapat bertam ja firs