Matrik atau Diploma?
Assalamualaikum,
Matrik atau Diploma? Soalan popular setiap tahun! Semakin kita besar semakin banyak benda kita kena buat pilihan kan? Mesti susah nak pilih sama ada matrik atau diploma sebab benda ni dah macam penentu masa depan(cewahh). Dalam membuat pemilihan antara dua ni, beberapa aspek perlu di pertimbangkan. First biaq aku cerita sikit perbandingan anatar matrik dan diploma(berdasarkan apa yang aku tau ja, kalau salah jangan la maqah hahaha)
Matrik - kelas padat 8-5, ada kelas tutorial, ada lab report, assignment,aktiviti lagi, test,quiz
Diploma - ada gaps selalunya between kelas (cth 8-10, lepas tu satg petang 2-5 lak), tutorial utk course aku pernah dapat untuk subjek kimia ja( tu pun bukan semua topik), ada ja lab report, assignment, buat program,test,quiz.
Untuk matrik aku tak dapat nak hurai banyak sebab tak da pengalaman kan , so kalayu nak tau banyak tentang matrik boleh la google sendiri ok. Untuk diploma aku nak sambung huraian. Selalunya orang akan cakap diploma senang, relax kan? Okay mai aku nak clearkan tentang isu ni. Benda apa dalam dunia ni senang? Nak makan pun susah, kalau nak makan kena masak atau kena beli. Makan yang hobi tu pun susah(makan adalah hobi aku dan anda yang sedang membaca ni kan? Ngaku ja lah huhu) so aku disagree kalau ada yang kata diploma senang. Setiap apa yang di dunia ni ada cabaran tersendiri. Dari segi masa ya aku setuju, diploma lebih relax sebab ada gap antara kelas which is kelas tak terlalu pack dalam seminggu ( fyi, dah 2 sem jumaat,sabtu, ahad aku takda kelas) untuk semesete 1 mungkin hampa rasa bosan sikit sebab gap ni kan. Tapi sem 2 ni akan makin busy, lagi2 kalau join mana2 jawatan kuasa atau kelab. Time esok nak ada quiz lah nak meeting apa semua(tapi best sebenarnya). Bagi aku yang spoon feed dari sekolah ni aku rasa susah lah diploma ni sebab takda homework/tutorial sebab aku taktau nak cari mana soalan(untuk sem 1 ja macam ni) so aku agak stress la sem 1 ni sebab taktau apa sangat kan. But over all aku suka diploma(sejak sem2)
Next is faktor pemilihan antara matrik dan diploma. Bagi aku benda pertama minat. Tak kisahlah semua benda kita nak buat kena ada minat. Even nak makan kat mana pun kita kena ada minat terhadap masakan atau tempat yang kita nak makan( nak makan kat mana pun antara soalan tersusah di dunia , hahaha kan?) . Aku bagi contoh 2 situasi.
Pertama , hampa dapat matrik dan dapat diploma course yang hampa tak minat, kedua dapat matrik dan dapat diploma course yang minat. Persamaan dua situasi ni hampa suka matrik.
Bagi situasi pertama, mungkin course yang anda dapat tu tak minat tapi cuba buat research pasal course tu, sebab sekarang ni kena pilih course yang bila grad nanti ada demand di pasaran kerja. Minat boleh dipupuk kan? Sebab aku masuk diploma ni pun tak minat sngat, tapi kak aku cakap course envi ni pasaran kerja okay so aku reda ja lah. Bila lama2 makin minat dengan course ni and now I’m so thankful. Lagi2 tengok senior praktikal, macam best ja. Tapi kalau memang tak minat dan rasa kalau masuk matrik nanti degree boleh ke course yang hampa minat so masuk matrik.
Situasi kedua, dua2 minat. Situasi ni macam cinta 3 segi ah. Tak tau nak pilih yang mana. Matrik boleh go, diploma boleh go. Dalam hal ini cuba pertimbangkan dari segi masa, lokasi tempat belajar hampa tu. Kalau nak sambung degree dan nak cepat2 habis degree masuk la matrik, kalau nak hidup chill, leklu ha pilih la diploma. Dengar 3 tahun macam lama tapi sebenarnya biasa ja. Tup tup dh sem 3.
Kalau dah buntu sangat, tanyalah pendapat dari parents, kawan, family member dan cikgu.
Okay setakat ni ja aku dapat bantu hampa untuk buat pemilihan atara Matrik atau Diploma. Selebihnya anda fikilah sendiri. Jangan lupa buat solat istikharah agar keputusan yang di buat adalah yang terbaik dan hati tetap dengan 1 keputusan. Dalam kita belajar ni mesti akan ada satu waktu kita rasa penat, fade up. Tapi bila kita rasa macam ni pikiaq balik semua ni kita buat sebab kita minat. Sebab tu aku tekankan minat.
kalau ada soalan atau cadangan boleh dm ig chut_ny atau twitter @kentuckyhut atau sayat.me/chutnyak . Bagi yang cadangkan cerita pasal opinion aku pasal bertam n love story tu kejap eh, i utamakan yang penting dulu. okay? so jumpa lagi bye!
Comments
Post a Comment