Skip to main content

University Life Semester 1 & 2

University Life Semester 1 & 2

Assalamualikum, selepas berceita tentang expectation vs reality semalam dalam versi english harini nak cerita lak pengalaman aku sendiri masa sem satu dan 2. Apa yang aku tulis ni based on pengalaman dan pemerhatian aku ja. Bukan nak takut2kan junior(bukan kisah hantu)

SEMESTER 1
Lepas daftar kolej, kemas2 barang terus balik (rumah kat kedah ja). Cuti seminggu then masuk U balik kalau tak silap first day class adalah first day puasa(sedih betul puasa di perantauan ni hahahahah). First day, duduk kat dewan kuliah dengaq taklimat, nyanyi bagai pastu senior bawak jenjalan blok akademik. The next day dah start kelas, memang blur sikitlah sebab nak kena tengok kelas kat bilik kuliah mana kan pastu aku lak dulu housemate 6 mlt,1 farmasi, dan aku ja envi alam tu. Kebiasaanya mula2 ni akan berkawan dengan housemate ja dulu. Since aku ja envi dalam rumah tu aku ni memang alone terok ah. G kelas sensorang, balik sensorang (sedih tak tipu sebab tak expect akan hidup kesepian macam tu hhahahaha) lama gak ah aku hidup alone macam tu, sedih alone ni sampai tahap maximum apabila dapat tawaran matrik second intake. Memang nak p sebab ada ramai kawan kat KMK tapi since dah bayar yuran UiTM apa semua so teruskan ja lah hidup di sini. Pastu tengok orang lain dah ada geng kita ja alone mesti sedih kn? Memang takda motivasi lansung kot masa sem 1, time final pun takda mood nak study (nasib pointer 3.0 keatas). Dekat U ni aku perasan kalau cantik kejap ja ada geng(patutlah aku alone) tapi cuaca tak selalu hujan dan tak selalu panas kan? So dekat2 hujung sem aku jumpa seorang classmate aku yang jugak alone. Dia start tegur aku dulu masa otw ke kelas, sejak tu kami berkwan baik huhuhuhu. Sebelum ni aku ada gak kawan baik satu kelas tapi sebab dia ada housemate yang sama course so aku macam terjarak sikitlah.

Subjek masa sem 1 ni semua bagi aku tak best, sebabnya dia tak menjurus kepada kerjaya pun(bagi aku) antara subjeknya : anatomy and physiology, basic chemistry, english(ELC), Islam(CTU), microbiology and ada fundamental of environment ka apa tah. Anatomy ni mlt pun belajar gak so boleh study sama2. dalam kelas, kalau lect tekankan kat topic tu maknanya topic tu penting, kalau dia cakap ‘’balik baca sendiri yang ni’’ maknanya kuranglah penting. So fokus! Dan menjadi kebiasaan bila kelas ja ngantuk walaupun dah tidur 12jam sekalipun, so bawak air dan bawak2 lah mengucap ya. Dan fyi, aku dari awal sem sampai habis tak pernah hafal jadual dan kelas(jangan contohi) tapi benda ni pun memang kebiasaan kat sini.

Disebabkan ini sem 1 dan kena pulak bulan puasa memang aku frust terok ah. Kita dah la baru nak keluar kenal dunia baru sekali puasa lakkkk. Aku jujur cakap, tahun lepas adalah satu2nya ramadhan yang tak dirindukan( hahahahahah macam kenal ja ayat ni) sebab yang pertama sahur. Kat rumah aku sahur mak gerak, mak siapkan nasi, lauk. Bila kat sini kalau nak sahur nasi, malam silalah beli kat food court ya. Tapi aku jarang makan nasi kat sini sebab malas so aku sahur oat dan susu ja. Kesan makan susu dan oat masa sahur ni aku jadi trauma jap kat susu dan oat ni. Lepas bulan ramadhan kalau aku makan susu dan oat ni rasa macam masuk ke dalam zaman kegelapan(tak tipu) tapi sekarang dah okay hahahahah. Yang kedua ialah iftar. Iftar kat kolej memang tak best la weh. Kau kat rumah ayaq 4 jug ( ayaq nyoq, ayaq teh bunga, ayaq bandung cincau, air tembikai) pastu makanan penuh meja(murtabak, ayam golek, kuih pelita,karipap,buah tembikai,kurma sekotak) tapi bila kat sini tetiba buka puasa air oren dengan nasi campur/ nasi goreng sahaja. Seketul kuih pun takda, masa ni kat food court takda jual kuih pau, wafer(sekarang dah ada) . lepastu sebab ke-3, masa kat rumah iftar dengan keluarga, meriah. Dekat sini iftar dengan member yang baru kenal sehari. Masing-masing diam,malu-malu. So tak feeling ah. So aku bersykur gak lah kali ni cuti sem sampai bulan 9 so PUASA KAT RUMAH YEAY!!

Untuk pengetahuan semua nanti hampa akan ada program mentor menti ( envi dan farmasi) senpai kohai(mlt) tapi konsep dia sama ja. So I can’t wait nak tengok sapa nak jadi menti I. selalunya mentor akan bagi notes kat hampa etc.

Banyak lagilah kenangan sem 1 ni contohnya join program senior buat, ada iftar ramai2, keluar dengan kawan tapi sem 1 ni tak berapa nk best la kalau takda kawan kan. So jadilah peramah dan bergaul dengan semua okay?






SEMESTER 2

Lepas sebulan lebih cuti, result pun dah keluar, azam baru pun dah tanam(tolong ingat hampa tanam azam kat mana takut2 hujung sem nanti nak final lupa tanam azam kat mana) so masa kembali ke bertam. Sem 2 ni rasa okay sikit dah makin bersemangat dan matang sebab dah kenai bertam kan. Sem 2 ni macam2 best tau! Kalau ada program apa2 sila join okay sebab selain dapat kupon, hampa juga dapat isi masa lapang, kenai kawan baru, pengalaman. Sangat digalakkan untuk semua apply mana2 kelab persatuan yang mencari pelapis untuk menjadi ahli jawatan kuasa. Selalunya sem 1 diorang akan buat pemilihan. Bertam Student coucil ( BSC) ,SOPHYS, JPK ,MeLtech selalunya akan buat interview sem satu. Macam aku dulu , EHSAn buat pemilihan masa sem 2 . setelah gagal mendapat jawatan dalam BSC selepas 2 kali IV aku try ehsan pulak, alhamdulillah lepas. Kelab 2  ni selalunya akan buat aktiviti masa weekend. So nak promote sikitlah program yang akan aku buat sem 3 ni dimana aku sebagai ketua program, aku buat aktivit Mangrow Mangrove: Plant Our Own Future tapi aktivit ni terhadap untuk pelajar envi ja sebab aktiviti luar (sorry guys).


Pengalaman yang menarik masa sem 2 ni banyak, ada annual grand dinner, pastu kena buat produk inovasi, kena buat paperwork(EHSAn) sem 2 ni banyak sangat sampai tak tercerita lah. Tu tak cerita lagi part nak kurus ( naik 7 kg dowhhhh) bertam ni overall best. Jogging view pun cantik. Orang tak ramai so tak banyak masalah, kejutan budaya. Sem 2 ni kawan pun dah rapat. Pastu nanti ada kem bagi PBSM. Best gak lah kem ni.


So sampai disini ja kut? Kalau ada soalan boleh dm ig chut_ny atau tanya di sayat.me/chutnyak okay? Next post nak cerita apa pulak? Boleh request dengan dm aku okay? Kalau takda aku buat cerita cinta pulak (huhuhu)

Comments

Popular posts from this blog

Barang apa yang nak bawak ni? (UiTM )

Untuk adik2,saudara mara yang baru dapat offer UiTM,ini kelengkapan untuk Minggu Destini Siswa(MDS), boleh tolong sampaikan okay 🤗 #UiTMdihatiku *Attire Lelaki* 1.Baju kemeja putih (1) 2.Tie (Bawak 3) 3.Seluar Slack (bawak 3) 4.Baju kemeja lengan panjang pilihan hati (bawak 4) 5.Seluar Track (bawak 3) 6.Sport shoes (aku suggest dua, sebab satu akan barai main permainan senior kotor2 dan kena pakai setiap hari. 7.bawak kasut kulit warna hitam 8.Tali pinggang hitam,coklat (bukan warna terang) 9.Socks (bawak sekurangnya 6, putih 2) *Attire Perempuan* 1.Tudung (bawak 5) takpayah gosok pun tak apa, nanti barai jugak 2.kasut bertutup formal (1) 3.Baju Kurung sekolah putih (1) 4.seluar track (bawak 3) 5.kain bawak 3 6.Telekung (1) untuk solat jemaah 7.socks bawak (3) putih (1), hitam (1) 8.Pakaian dalam, pandai2 🐒 9.Make up takpayah dulu pun takpa, korang takkan ada masa 10.Kasut sukan bawak 2 11.Baju jersi untuk aktiviti luar(3) *Document* 1.Photostat IC sendir

UiTM Bertam

Assalamualikum , so kali ni nak sambung balik dengan kisah Uitm Bertam . UiTM bertam ni selalunya dianggap syurga bagi siswa dan sebaliknya bagi siswi. Hahahah . nak tau sebab apa? Sebab siswi adalah lagi ramaiiiiiiiiiiiiiiiiii dari siswa. Envi batch 2015/2016 ada 4 ja lelaki tau dak. Hahahah tapi rekod ni telah beralih kepada MLT pulak di mana batch 2016/2017 lelaki 4 orang. So basically lelaki kalau hampa forever alone dul, hampa ada harapan nak ada awek tau. Cuma beza dia sama ada hang nak kat dia ka tak mau ja. Sumpah tak tipu, lelaki kat bertam ni ramai ja perempuan dok crush. So bagi aku susah sikit la nak survive sebab takda crush. Hhahahaahah . Okay back to benda yang lebih penting. Mula-mula dapat UiTM Bertam mesti taktau kat permukaan bumi manakah ia terletak kan? Dia terletak di kepala Batas. Ya kawasan ni takda lah bandar sangat. Tapi cukuplah semua kemudahan ada :) pejabat pos, cinema, pasaraya, kedai buku, kedai2 makan semua ada aih. Bila dapat bertam ja firs
MDS ( Minggu Destini Siswa) Assalamualaikum and hi ! So kalini nak cerita pasal MDS. MDS ni dalam bahasa lain ialah minggu orentasi lah. MDS Untuk UiTM Cawangan Pulau Pinag akan diadakan dia Kampus Permatang Pauh. Budak Bertam pun akan ke sana, pendaftara semua dia kampus Permatang Pauh. Bila dapat tawaran U ni mesti excitedkan bab nak mengemas. So kat sisni nak bagi tau sikit barang yang wajib  ada masa MDS nanti (lain kampus lain sikit barang dia) 1.  Peralatan mandi (berus gigi,sabun,facial cleanser etc) (gayung tak payah bawak kecuali kalau nak isi barang2 toiletries ja) 2.  Barang2 yang dah si mention dalam surat tawaran ke surat apa2 yang anda dapat dari web. 3.  Tudung bawal putih plain bagi siswi 4.  Kasut sukan 5.  Kasut bertutup hitam 6.  Selipar (untuk pergi toilet ja) 7.  Iron ( iron tak disediakan okay) 8.  Bantal ,selimut, cadar 9.  Baju sekolah putih ? baju kurung putih plain 10.  Gula-gula sebab mds ngantuk weh (nak nangis ngantuk dia)