University Life ( Best ka Bertam?)
Assalamualaikum,
So ada yang cadangkan suruh buat my own opinion tentang UiTM Bertam ni. Dulu masa isi UPU aku bayangkan UiTM ni Puncak Alam ja ( never know that UiTMPP exist) so bila tarikh permohonan keluaq aku tengok dapat UiTM, time ni aku check guna sms ja(web hang kot) so aku memang seqonok habis lah, konon impian nak belajaq jauh dah tercapai(belagak nak mampoih padahai dapat hat dekat ni pun homesick) pastu kak aku tolong check uitm aku ni kat mana sekali dia cakap kat penang ja tapi time ni aku okay lagi.
Masa hari pendaftaran, aku ter silap p kampus bertam which is sepatutnya pendaftran kan kat permatang pauh. So aku dah nampak dah kampus bertam. Kecikk ja rupanya. Bila sampai kat kampus permatang pauh okay lah, kampus dia besaq so takda la hancur sangat harapan aku. Tapi semua ini hanya sementara which is habis MDS kena balik kampus bertam. Aku memang dok bayangkan dah bertapa sedihnya dok bertam nu.
Lepas cuti 1 week, balik bertam macam yang aku ceita dalam previous story (click here) memang bertam ni macam bosan tapi lama2 makin selesa lah dengan bertam sebab environment dia yang tenang dan berangin. Seriously awal dulu tak suka lama2 jatuh cinta jugaklah dengan bertam ni. Lagipun bertam ni takda lagilah kisah seram berkaitan benda mistik ni alhamdulillah.
Bertam ni pun best banyak tempat makan, semua jenis ada, makanan timur,steam boat, barat semua ada. Kemudahan semua complete: tesco, mydin, sunshine, kfc, mcd, pizza hut, domino, post office, etc
Hari ahad n jumaat ada pasar malam, so boleh la kalau bosan2 jenjalan pasar malam.
Disebabkan aku pun baru habis semester ke 2 so tak banyak sangat aku tau.
Any suggestion? Dm ig chut_ny twitter @kentuckyhut or sayat.me/chutnyak
Next post aku nak cerita pasal love story. Kalau nak apa-apa story pasal UiTM bertam boleh request tru my socmed okay?
Comments
Post a Comment